Jenis-Jenis Kurma Popular di Malaysia



1. Kurma Ajwa

Kurma ajwa adalah jenis kurma kesukaan Nabi berasal dari Madinah dan juga yang paling diminati oleh umat muslim di dunia. Ciri-ciri kurma ajwa yang asli adalah:
  • Warnanya hitam pekat
  • Ada beberapa garis kecil
  • Rasanya sedang, tidak terlalu manis
  • Bertekstur lembut
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda terkait kurma ajwa ini:
“Barangsiapa mengambil tujuh butir kurma Ajwa pada pagi hari, maka pada hari itu ia tidak akan terkena racun maupun sihir” HR. Bukhari
2. Kurma Medjool (Majdoul)
Kurma Medjool tumbuh di iklim yang panas kering seperti di Timur Tengah dan Afrika,. Isi buahnya gemuk, lembab, dan manis. Kadang disebut sebagai Cadillac-nya kurma. Mengandung serat dan mineral penting seperti potassium, magnesium, tembaga, dan mangan.

  • Berwarna coklat gelap
  • Rasa sederhana manis dan berlemak
  • Isi buahnya gemuk dan bertekstur lembut
  • Sedap di buat susu kurma
3. Kurma Safawi
Kurma Safawi terkenal di Madinah dan Mekah Berwarna coklat gelap, rasanya lazat manis mirip dengan rasa kurma Ajwa, isi buahnya lembab dan bertekstur lembut. Karakteristik pohon kurma Safawi adalah produktif, itulah yang membuat kurma Safawi lebih banyak tersedia dan mudah didapat dibanding kurma lain.
.
  • Berwarna coklat gelap,
  • Rasanya lazat manis mirip dengan rasa kurma Ajwa,
  •  Isi buahnya lembab dan bertekstur lembut.
4. Kurma Deglet Nour (Kurma bertangkai)
Kurma Deglet Nour berwarna kemerahan hingga kekuningan, rasanya halus meski tidak semanis dan selembab kurma Medjool. Deglet Nour adalah kurma yang paling banyak ditanam di Afrika Utara. Disebut Deglet Nour (kurma cahaya) karena tembus cahaya. Biji dalam isi buah boleh dilihat saat kurma ini didekatkan ke cahaya. Ia juga dikenali sebagai kurma bertangkai di Malaysia.
.
  • Warna kemerahan hingga kekuningan
  • Rasanya halus meski tidak semanis dan selembab kurma Medjool.

5. Kurma Mariami

Kurma Mariami berwarna kecoklatan hingga kehitaman, rasanya halus dan lembut. Kurma ini dari Iran dan popular sebab rasanya yang manis, lembut dan harganya murah. Terdapat banyak jenis gred seperti A, AA, AAA (VVIP) iaitu saiz dan rasenya.

6. Kurma Muda (Rutob)

Rutob adalah kurma segar baru masak. Memang susah nak dapat di Malaysia sebab tidak boleh tahan lama. Ia akan bertukar warna ke kecoklatan dan kehitaman seperti kurma kering lain. Ia akan bertahan dalam peti ais selama 2 minggu sahaja. Proses penghantaran melalui kapal terbang sahaja dari Negara timur Tengah seperti Jordan, Arab Saudi, UAE. Ada 2 jenis rutob iaitu kuning dan merah
.
Ada banyak jenis Rutob bergantung pada rasa, warna dan teksturnya. Semakin sedap dan berkualiti semakin mahal harganya.
.
Rasa rutob tidak terlalu manis dan ranggup.

7. Kurma Mabroom

Memiliki buah yang ramping, panjang, dan padat. Rasanya tidak terlalu manis. Kurma Mabroom kaya akan serat, vitamin, dan mineral. Termasuk kurma kelas premium dan mahal harganya.
.
  • Berwarna coklat gelap,
  • Memiliki buah yang ramping, panjang, dan padat.
  • Rasanya tidak terlalu manis
  • Tekstur sedikit liat
8. Kurma Sukkary
Kurma Sukkary sangat manis rasanya dan lembab, mampu memberikan tenaga cepat jika dimakan. Tumbuh di daerah Qaseem, Arab Saudi, warnanya hampir kemerahan ketika pertama kali mengering. Ketika semakin kering, warnanya menjadi kuning keemasan. Ada yang bilang Sukkary rasanya seperti cupcakes. Ada yang cakap kurma untuk lelaki .

  • Berwarna coklat kekuningan,
  • Rasenya sangat manis.
  • Isi buahnya lembab dan bertekstur lembut
  • Mampu memberikan tenaga cepat jika dimakan.
.
Anda ingin order kurma untuk *ibubapa, isteri, suami, adik beradik, sahabat2 atau masjid/surau*..
.
Sila whatsapp 012-797 1572 (En Ishak)🤳📲
click here

http://kioskmakanansunnah.wasap.my


#ramadan
#2018
#1439H
#kurma
#madu
#airzamzam
#ajwa
#medjoul
#safawi
#mabroom
#rotab

Comments