11 PERKARA YANG AJK DAN JEMAAH MASJID/SURAU KENA TAHU MENGENAI IMAM TARAWIH (HAFIZ).




11 PERKARA YANG AJK DAN JEMAAH MASJID/SURAU KENA TAHU MENGENAI IMAM TARAWIH (HAFIZ).
.
Imam Hafiz ini banyak perkara kena fokus dan jaga. Jemaah masjid tempat imam berkhidmat perlu tahu dan JANGAN buat, antaranya;

1. Jangan ajak berbual 15 minit sebelum solat tarawih atau Isyak. Imam nak mengulang al-Quran. Nak borak lepas tarawih. Ajak pergi makan tomyam atau satay.
.
2. Jangan bagi makanan yang banyak masa berbuka. Perut imam kena jaga, nanti nafas pendek bacaan tak power. Simpan siap siap dalam bilik imam. Lepas tarawih nanti boleh makan. Ingat, menu berbuka dan menu moreh berbeza dua-dua kena simpan untuk imam.
Pengalaman saya, bagi imam berbuka dengan kurma, air mineral, susu segar dan kueh muih aja.
.
3. Ngulang hafazan Quran ni guna tenaga  dalaman. (Suara, mulut, ingatan) mudah letih otak, banyak guna tenaga. Jangan pelik kalau imam tidur lama. Kena banyak rehat sebelum dan selepas tarawih.
.
4. Jangan ajak pergi jalan-jalan mall waktu siang. Imam nak mengulang. Nanti keluar shopping tengok macam2, habis semua hilang. Ajak waktu lain. Setting dan rancang waktu yang sesuai.
.
5. Imam ni kena smart dan wangi. Ready siap-siap dalam bilik imam, sterika, hanger baju, cermin dan lain lain benda penting. Gosok awal-awal jubah 3 4 helai supaya boleh ready, tidak kelam kabut nanti nak solat.
.


6. Imam nampak gaya macam tenang, tapi sebenarnya cuak dan penuh berdebar. Jangan kata imam sombong bila masuk dewan solat tak tegur jemaah. Dalam kepala imam duk sibuk ulang ayat, tak sempat nak fokus benda lain. Senyum sikit pun kadang kadang tak sempat.
.
7. Makcik-makcik kalau nak puji apa-apa pasal imam jangan tabur janji yang belum pasti, "Untunglah kalau dapat buat menantu".. nak jumpa imam jangan bawa anak dara. Imam pun manusia biasa.. (Jaga hati imam).
.
8. Sekali-sekala bawa imam keluar jalan-jalan kawasan perumahan. Biar imam kenal keadaan tempat dan jemaah. Senang nak sampai dakwah pada jemaah.
.
9. Mic imam kena power, ada imam suara dia 'superb' tapi dia kena baca dengan 'tone' rendah. Ada yang suara tinggi atau besar. AJK kena pandai ejas mic khusus untuk imam. Kadang-kadang suara imam jadi tak sedap berpunca dari mic yang low quality.
.
10. Ready air mineral di tempat imam, takut suara imam serak. Pengalaman saya, arab ready air mineral, tea bunga dan air pudina. Terbaik!
.
11. Menu sahur yang makcik-makcik hantar jangan banyak sangat. Biasa kalau pakcik-pakcik ajak pergi tomyam balik lewat biasa imam tak makan berat dah, just makan kurma dan air sahaja. Tanya dulu nak masak menu apa untuk imam. Supaya tak membazir nanti.
.
Selamat memahami apa yang perlu difahami tentang imam terawih.  Perkongsian yang baik ini diambil dari perbincangan di dalam group whatsapp.
.
Anda ingin order kurma untuk ibubapa, isteri,suami , keluarga, jiran2, qariah masjid/surau atau sahabat2..sila join whatsapp di bawah:
.
https://chat.whatsapp.com/3IM0D3itkmA9rrWO3PqIp0
.
Harga termasuk penghantaran.⛟
.
Sila whatsapp 012-797 1572 (En Ishak)
Tekan pautan di bawah untuk ke whatsapp
.
.
#kiosk
#kurma
#airzamzam
#ramadan
#1438H
#2017
.

Comments