4 Hadis yang mesti diketahui Muslim mengenai puasa bulan Ramadan







*4 Hadis  yang mesti diketahui Muslim mengenai puasa bulan Ramadan*

1. Rasullullah saw bersabda: Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu. Penyeru pun menyeru: "Wahai orang yang mengharapkan kebaikan! Terimalah. Wahai orang yang mengharapkan kejahatan! Berhentilah, dan (yang ikhlas) kerana Allah SWT dibebaskan daripada api neraka dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadhan (Riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Majah) 
.
Hadith ini menerangkan beberapa keistimewaan bulan Ramadhan, antaranya akan dibuka semua pintu syurga untuk menerima amalan- amalan soleh yang begitu banyak yang dilakukan oleh orang Mukmin pada bulan ini. Begitu juga akan ditutup semua pintu neraka kerana sedikitnya bilangan maksiat yang dilakukan oleh orang Mukmin pada bulan ini. Syaitan-syaitan juga akan diikat apabila tiba bulan Ramadhan. Kelebihan bulan Ramadhan juga ialah difardhukan puasa di dalamnya. Puasa merupakan setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT dan puasa juga penghapus dosa- dosa atas maksiat yang dilakukan.
.
2. Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
.
Ertinya: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampun segala dosa- dosanya yang terdahulu" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
.
3. Antara keistimewaan puasa juga, Allah SWT akan menggandakan pahala orang-orang yang berpuasa melebihi amalan-amalan lain di mana kadarnya hanya diketahui oleh Allah SWT Rasulullah SAW telah bersabda
.
Ertinya "Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya sehingga tujuh ratus kali ganda, Allah SWT berfirman: "Melainkan puasa, kerana ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah SWT daripada bau Musk (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
.
Ganjaran di akhirat bagi orang yang berpuasa tentunya lebih kerana dunia walau sebesar mana sekalipun tidak mungkin menyamai sekecil-kecil nikmat akhirat.
.
4. Rasulullah SAW bersabda:
.
Ertinya "Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil 'al-Rayyan, masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat, tidak boleh masuk melaluinya seseorang pun selain mereka, diseru: "Mana orang-orang yang berpuasa?" maka mereka pun bangun, tidak akan masuk melaluinya seorang pun selain mereka, maka apabila mereka (orang berpuasa) masuk, pintu itu akan ditutup maka tidak boleh masuk melaluinya seorang pun" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
.
Dalam riwayat al-Nasai dan Ibnu Huzaimah pula disambung lagi. "Sesiapa yang masuk akan minum, dan sesiapa yang telah minum tidak akan dahaga selama-lamanya"
.
Sumber Panduan Amalan di bulan Ramadan (JAKIM) 

Comments