KETAHUI 10 RAHSIA KURUSKAN BADAN DI BULAN RAMADAN






Seringkali bila datangnya bulan Ramadan akan diambil peluang untuk kuruskan badan, tetapi ramai yang lakukan dengan cara yang tidak sihat. kali ini saya akan berikan tips kuruskan badan di bulan Ramadan dengan diet sihat. Bila kita lakukan dengan sihat dan menjadi gaya hidup kita makan proses kuruskan badan menjadi lebih mudah.

Saya berikan  10 Tips kuruskan di bulan Ramadan dengan diet sihat.



1. Jangan tinggal sahur
Jangan tinggal sahur walaupun hanya dengan sebiji kurma atau seteguk air. Sahur adalah sunnah dan ada keberkatan. Jangan sebab alasan nak diet dan kurus maka kau tinggalkan sunnah ini. 

Sahur penting untuk bekalkan nutrisi, air dan tenaga untuk amalan berpuasa. Lagi-lagi dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap di Malaysia.

SAHUR ITU BERKAT


2. Makanan rendah kalori
Semasa sahur pilihlah makanan yang tidak tinggi kalori, tinggi garam dan kurangkan makanan berlemak. Makan kurma, oat, bijirin dan susu.(Elak lauk sahur kau orang dengan ikan masin, telur masin, mee segera atau sardin dan seumpamanya)
3. Pengambilan nasi / bihun / mee 
Tidak ada masalah untuk ambil nasi/ bihun/ mee/ kuetiow semasa sahur. Asal jumlah segenggam. Namun untuk jimatkan lagi kalori, kau boleh ambil karbo kompleks yang lain. 
Pastikan karbohidrat kompleks menjadi pilihan diet anda semasa bersahur. Kenapa? Karbohidrat kompleks bekalkan sumber tenaga yang lebih perlahan dan lebih mengenyangkan.
Contoh sumber: Roti perang, nasi perang atau nasi putih yang ada serat dan rendah GI (glycemic indeks).
4. Elak Minuman manis dan Kafein
Tinggalkan segala minuman manis atau berkafien sepanjang sahur. Kau minumlah air kosong banyak-banyak. Kau kena tahu air kosong selamanya kosong kalori. 

Kafein dalam minuman seperti teh tarik, teh hijau, Nescafe, kopi, milo dan lain-lain adalah diuretik – kualiti yang memaksa badan buang air. Ini lagi mempercepatkan dehidrasi semasa berpuasa.

Air gas, teh dan coklat pun biasa mengandungi kafein. Kandungan kafein dalam setiap minuman berbeza-beza. Jadi kalau nak minum air coklat (contohnya) tidaklah menjadi masalah yang besar tapi kalau boleh, kurangkan kuantiti pengambilan.
5. Kuantiti makanan semasa berbuka puasa
Semasa berbuka puasa, tidak ada masalah untuk ambil makanan yang lebih banyak berbanding semasa sahur. Namun pastikan makanan itu makanan yang berkualiti. Jangan terlebih makan pula..1/3 untuk udara, 1/3 untuk air dan 1/3 untuk makanan. Takut tak larat nak solat jemaah dan taraweeh...huhu
.
Secara purata, target pengambilan kalori untuk hidangan sahur sepatutnya dalam lingkungan 500 kcal. Pastikan ada sumber protein dan karbohidrat berserat.
Contoh hidangan:
Segenggam nasi, lauk ayam, sayur dan air.
Roti perang 2 keping + sapu, tuna ikan dalam sos tomato (awas sos-sos biasa tinggi garam).
1 mangkuk cereal berserat + susu lemak rendah.


Hadis berbuka dengan kurma dan air



6. Mulakan berbuka dengan kurma dan air seteguk sahaja
Hehe. Abang tahu kau susah nak buat benda ini tapi percayalah dalam masa seminggu kau dah boleh lihat kesan pada perut kau. Belajarlah untuk minum air kosong.
7. Lauk pauk jenis rebus dan elakkan bergoreng serta garam
Untuk lauk berbuka kalau kau tanya, abang suka pilih yang rebus-rebus atau pun bakar-bakar. Ikan masak asam pedas, ayam golek, ayam sambal ini semua kegemaran abang. Jangan ambil yang bergoreng atau yang banyak guna sos atau kicap. (Charkuetiow, KFC, etc) Lebihkan yang bakar dan rebus.

Makanan berprotein seperti ayam, ikan sangat mengenyangkan dan mengambil masa berjam untuk lalui proses penghadaman.

Garam adalah penyerap atau penyimpan air. Ya betul ia penting untuk kurangkan dehidrasi semasa bersukan tapi dalam keadaan berpuasa, pengambilan sumber makanan bergaram seperti biskut, kicap, masakan bergoreng dan lain-lain ia lagi cepatkan dehidrasi dan akan buat anda cepat berasa haus.

8. Sayur dan buah-buahan
Sayur dan buah-buahan adalah menu yang jangan kau tinggalkan sebagai tambahan serat dan vitamin dalam badan. Barulah makanan itu jadi seimbang dan kau akan nampak lebih bertenaga dan tidaklah kurus dalam keadaan yang nampak letih.


Tip minum air di bulan Ramadan


9. Jangan minum banyak sangat
Lagi banyak anda minum, lagi cepat badan akan membuangnya dan lagilah cepat anda anda berasa haus.
Sebagai panduan: Jumlah: 2-3 gelas sederhana dah cukup.
Suhu: Paling baik yang suam. Kalau yang ais pun boleh tapi pagi-pagi buta, badan agak terkejut dengan air ais.
Jenis? Kalau nak air manis pun, jangan lebihkan dari air kosong. Contoh: 1 gelas manis, 2 gelas air kosong.
Bulan puasa atau tidak, cara pemakanan sihat adalah sama. Sajian hendaklah seimbang, kepelbagaian, dan kurang ketumpatan tenaga. Amalan ini seharusnya berpanjangan dan tidak hanya terbatas pada bulan Ramadan untuk mencapai badan yang lebih sihat.

10. Senaman ringan
Lakukan aktiviti senaman ringan seperti berjalan, strecthing dan sebagainya. Jangan pula lakukan jogging atau berlari...nanti tak larat nak solat taraweeh dan qiamulail...Solat taraweeh dan solat sunat lain pun senaman tapi jangan niat lain selain ibadah kerana Allah swt.
Ini semua apa yang abang buat sewaktu diet dahulu. Jujur kalau kau boleh konsisten dengan garis panduan yang abang beri kau tak perlu pun nak habis ribuaan ringgit untuk kurus.
Peringatan untuk kawan-kawan. Tidak ada masalah pun jika Ramadhan ini kau ingin jadikan titik permulaan untuk hijrah ke arah yang lebih baik. Ibadah tetap ibadah. Niat puasa utama adalah ibadah kerana Allah swt. Jika kau niatkan sampingan kurus ini adalah untuk memudahkan urusan ibadah kau dan kerana Allah maka pahala yang juga kau dapat.
Jom kita merancang untuk kurus tanpa pil ini dalam bulan Ramadan. Ambil peluang pada Ramadhan yang akan datang ini.
Ini sahaja tip dari saya. ..Terima kasih sebab kau sudi baca sampai habis.
.

.
Dah bagi hadiah kurma dan air zam zam ke ibu bapa di kampung halaman?*
.
Ramadan tinggal berapa hari lagi je..tapi tak sempat nak balik kampung..
.
Anda tinggal di bandar tetapi tidak tahu bagaimana hendak menghantar kurma dan air zam zam ke ibu bapa ...anda boleh tempah dengan kami.
.
Cara order :
1) dapatkan maklumat lengkap pelanggan :
- nama penuh
- alamat lengkap
- no tel
- bukti bayaran
2)Sila whatsapp 012-797 1572 (En Ishak)🤳📲
👉http://kioskmakanansunnah.wasap.my
.
3) kami akan proses utk pos segera dan bg no tracking.
.
.
🛂Harga termasuk penghantaran.🚚🚛
.
Semoga dipermudahkan urusan..insyaAllah.
.
👉money back guarantee jika tidak puashati dengan kurma atau air zam-zam.
.
#kiosk
#kurma
#airzamzam
#ramadan
#1438H
#2017
.

Comments