KURMA TRIVIA: TAHUKAH ANDA


Ada 1450 jenis kurma di dunia



*Sekadar perkongsian ilmu.*

1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan di dekati jin?


Masih tidak jumpa hadis ini. Tapi saya jumpa hadis berikut:

Daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau memimpin Kota Madinah bahawa Sa'ad berkata bahawa:
.
Rasulullah s.a.w. bersabda sesiapa yang makan tujuh biji kurma Ajwah yang tumbuh di kawasan Kota Madinah pada pagi hari, siangnya dia tidak akan terkena bahaya apa pun hingga petang." (riwayat Ahmad) Amalkan memakan tamar (kurma) Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan tamar Madinah.
.
Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati hadis Rasulullah s.a.w.:
.

Daripada Amir bin Sa'ad daripada ayahnya berkata rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud 'Sesiapa yang setiap pagi memakan tujuh biji kurma Ajwah, pada hari itu dia tidak akan terkena racun dan sihir. (riwayat al-Bukhari)

.
2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita? Betul ke?

    Kena dapat rundingan doktor pakar ye!!!
.
3. Tahukah anda bahawa makanan paling penting bagi para angkasawan adalah kurma? Betul ke? aku bukan angkasawan atau bangsawan...aku hanya usahawan...hehe
.
4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih menyihatkan daripada kaviar? Ni kena tanya pakar pemakanan...aku search google pun  masih xdapat info
.
5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit? Ye ke? ni xpasti sumber kesahihannya
.
6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih? 

Kena cuba ni...kalo aku gembira nanti aku share ilmu ini ye...hehe
.
7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?  

Aku memang tahu kurma itu memang manis macam madu...tapi subjektif pulak kuantiti tu...kena masuk makmal baru tahu...walau bagaimanapun setiap kurma mempunyai kalori yang berbeza bergantung kepada jenis,saiz dan tektur.
,
8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat? Hmm...aktiviti ape tu...kalo baring, tidur dan duduk rumah lepak je ok kut... Yang aku tahu kurma antara makanan yang membekalkan tenaga yang cepat.
.
9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma kaya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?

Kaya kalori tu betul tapi bab kelenjar tu xpasti...kena tanya pakar otot.
.
10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?

Yang ni mungkin betul ..pernah terbaca artike tentang kurma
.
11. Tahukah anda saya sudah menjadi saudagar kurma sejak tahun 2010?
Betul2...saya menjadi penjual kurma sejak kerja di Petronas KLCC...tujuan utama nak berjinak-jinak bisnes dan mempermudahkan dan mengalakkan kawan2 makan kurma di bulan Ramadan dan bulan islam yang lain.
.
.
Panjang-panjangkanlah agar lebih ramai yang tahu. Selamat makan kurma di setiap bulan._😊😊
.
🌴Dapatkan kurma anda sekarang👇👇👇
.
Sila whatsapp 012-797 1572 (En Ishak)🤳📲
http://kioskmakanansunnah.wasap.my

Comments