Sedekah sebelah kurma saja boleh menghindari api neraka?


Masjid Nabawi



Baginda s a.w menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud: Rasulullah s a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda s.a.w. akan berbuka dengan beberapa biji anggur.

 Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air."(riwayat Ahmad) Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik rasulullah s a w. berbuka dengan kurma dan sesiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.




 Hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma: Daripada Adiy bin Hatim ia berkata, "Saya mendengar rasulullah sa.w. bersabda: 'Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma iaitu walaupun kita bersedekah dengan hanya sebelah buah kurma, kita terhindar daripada api neraka.





Procedur projek sedekah kurma

1. Pilih kurma
2. Pilih sama ada nak hantar ke kawasan ampang atau lembah kelang atau ke kawasan anda pilih.
3. Buat bayaran melalui online banking.
4. Kami akan hantar ke tempat yang dikehendaki.
.
Kebiasaannya kami hantar ke surau, masjid , pusat tahfiz dan anak2 yatim pada seminggu atau dua minggu sblm Ramadan.


Assalamualaikum kepada sahabat2 yang budiman,

.
Terima kasih kepada sahabat2 semua yang sudi menderma kurma kepada Masjid, Surau dan Pusat Tahfiz. Untuk makluman Tuan/puan, sebanyak 158.6 kg kurma telah didermakan pada bulan Ramadhan tahun lepas.
.
Disebabkan sambutan mengalakkan pada tahun lepas, kami ingin meneruskan aktiviti kebajikan menderma. Dengan misi menderma “mendapat pahala puasa orang lain tanpa kurang sedikit pun”. Jom kita renung petikan hadith di bawah:

Daripada Zaid bin Khalid RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikit pun”.
.
Dengan ini kami akan meneruskan aktiviti menderma kurma pada bulan Ramadan 1438 H pada tahun ini…
.
Anda ingin jadi penderma untuk projek sedekah kurma..sila join whatsapp di bawah:


Atau whatsapp 012-797 1572 (En Ishak)  http://kioskmakanansunnah.wasap.my

Comments