Siapa lagi mahu ketahui rahsia khasiat Kurma Ajwa?


Gerai Kurma


Khasiat Kurma Ajwah

 Rasulullah s.a.w. bersabda: rumah yang tidak ada kurma di dalamnya akan membuat penghuninya lapar." Daripada Aisyah bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud "Sesungguhnya pada kurma Ajwah yang berkualiti terdapat ubat atau ia seperti air liur seseorang yang baru bangun tidur. riwayat Muslim Menurut riwayat sahih juga bahawa rasulullah s.a.w. biasa memakan kurma dengan keju, atau memakannya dengan roti, dan terkadang memakannya begitu sahaja.

Kurma ialah sejenis buah daripada tumbuhan palma yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan vitamin C serta niasin. Kurma dari segi saintifiknya dikenal sebagai phoenix dactylifera L berkesan mengubati gangguan usus kronik dan mengatasi sembelit. Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan buang air besar, menambah stamina jika dicampur dengan serbuk kayu cemara dan menyembuhkan radang kerongkong.

Tetapi bagi yang belum terbiasa memakannya seperti penduduk di negeri-negeri sejuk, boleh menyebabkan sembelit, sakit gigi dan menambah sakit kepala. Cara mengatasinya dengan memakan buah badam dan apiun. Kurma termasuk buah yang paling banyak mengandungi zat yang mengenyangkan dan diperlukan tubuh kerana kandungan unsur panas dan lembapnya.


Kurma Ajwa yang dibuka


Selain panas, buah ini juga mempunyai tenaga tambahan. Jika kita biasa memakannya dengan cara dikunyah dan ditelan, boleh mengeringkan dan melemahkan unsur cacing dalam tubuh, mengurangi bahkan juga membanterasnya sama sekali. Kurma juga penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia, mengurangkan batuk serta pelbagai khasiat lain.

 Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unsur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung dalam al-Quran dan hadis rasulullah s a w. bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai-bagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.


Sumber : Majalah Solusi Telaga Biru

๐ŸŒดAnda ingin mendapatkan kurma ajwa dan air zam zam??kami boleh buat penghantaran ke rumah atau ofis anda..
.
๐Ÿ›‚Harga termasuk penghantaran.๐Ÿšš⛟๐Ÿš›
.
Sila whatsapp 012-797 1572 (En Ishak)๐Ÿคณ๐Ÿ“ฒ
.click ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
http://kioskmakanansunnah.wasap.my 
.
#kiosk
#kurma
#airzamzam
#ramadan
#1438H
#2017

Comments