Khasiat Buah Tin




Buah Tin


Buah tin ada disebut di dalam Al-Quran menerusi Surah At-Tin. Ada pelbagai tafsir mengenainya. Antaranya adalah ia merupakan buah yang terkenal ketika itu. Kini buah tin terkenal lagi kerana kebaikannya kepada kesihatan.
Ia terbukti dengan pelbagai kajian yang dijalankan ke atasnya. Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai buat tin:
Buah tin datang dari keluarga mulberi yang biasa ditemui di Asia. Buah tin yang dikeringkan banyak ditemui di merata tempat sepanjang tahun.


Buah Tin Segar

Kebaikan buah tin datang daripada kehadiran mineral, vitamin dan serat yang biasa ditemui di dalam buah-buahan. Ia juga mempunyai vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, kalsium, zat besi, fosforus, mangan, sodium, potassium dan klorin.
Terdapat 5gram serat dalam setiap 3 hidangan buah tin. Ketinggian kandungan seratnya membantu terutama pada bahagian usus iaitu mengelakkan masalah sembelit dan juga cirit-birit.
Kandungan serat ini juga membantu mengurangkan berat badan. Justeru, ia selalu dicadangkan kepada mereka yang mengalami obesiti.
Namun, kandungan kalorinya yang tinggi pula boleh menyebabkan peningkatan berat badan terutama bila ia dimakan bersama-sama susu.
Buah tin mengandungi pektin, iaitu sejenis serat boleh larut. Ia membantu membuang kolesterol berlebihan dari dalam badan.
Serat membantu merawat kanser yang menyerang usus besar. Ia juga melindungi diri dari serangan kanser payudara.
Buah tin yang kaya dengan serat juga membantu mengawal diabetes. Daun pokok tin pula mengurangkan jumlah insulin yang diperlukan oleh pesakit diabetes yang perlu kerap mengambil suntikan insulin.
Buah tin yang dikeringkan mengandungi phenol, omega 3, dan omega 6. Asid-asid lemak ini berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung.
Kandungan potassium yang tinggi dan sodium yang rendah di dalam buah tin merupakan pertahanan terbaik untuk kesan hipertensi. Jadi, ia bagus untuk memberikan ketenangan kepada individu yang memakannya.

Buah Tin Segar

Daun pokok tin mengandungi kimia semulajadi yang menjadikannya komponen untuk teh. Ia terkenal digunakan untuk masalah pernafasan seperti bronkitis. Daun pokok tin juga menjadi cara untuk mengelakkan atau mengurangkan simptom asma.
Masyarakat India menggunakan buah tin sebagai salap bagi penyakit venereal.
Sejak beratus tahun lamanya, buah tin digunakan untuk mengubati atau mengurangkan masalah disfungi seksual. Mitos dan budaya menerimanya sebagai makanan tambahan untuk kesuburan. Ini mungkin disebabkan oleh vitamin dan mineral di dalamnya yang menggalakkan tenaga dan stamina.
Buah tin kaya dengan kalsium iaitu komponen penting untuk menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis.
Buah tin kaya dengan fosforus di mana ia juga menggalakkan pertumbuhan tulang terutama jika berlakunya kerosakan.
Buah tin menghalang kehilangan kalsium menerusi air kencing. Ia meminimakan kehilangan kalsium sementara membuang asid urik dan toksin berbahaya keluar dari tubuh.
Kehilangan penglihatan pada usia tua adalah disebabkan oleh kemerosotan makular. Buah tin membantu mengelakkan tanda penuaan seperti ini.
Kandungan musilaj dalam buah tin membantu menyembuhkan dan memulihkan sakit tekak.
Kemanisan buah tin dan kelembutannya seringkali digunakan sebagai pengganti gula. Buah tin yang telah diproses dijadikan pai, puding, kek, jem, jeli, jeruk, dan pelbagai lagi.
Sepertimana makan berlebihan akan memberikan kesan buruk kepada tubuh, begitu juga jika anda makan terlalu banyak buah tin. Makan buah tin secara berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit.
Buah tin yang dikeringkan pula boleh menyebabkan kerosakan gigi kerana kandungan gulanya yang tinggi.
Anda dinasihatkan agar tidak memakan buah tin beberapa minggu sebelum pembedahan kerana ia boleh menyebabkan pendarahan. Terdapat juga individu yang alergi dengan buah tin.
Oleh itu, dapatkan nasihat doktor anda terlebih dahulu.
 Anda ingin tempah buah tin..sila layary website https://kiosk-makanan-sunnah.myshopify.com

Rujukan

Bidadari :website:  https://www.bidadari.my/khasiat-buah-tin/
Organicfacts : https://www.organicfacts.net/health-benefits/fruit/health-benefits-of-figs-or-anjeer.html

Comments

Post a Comment