Kurma Ajwa Aliya |
Jika penjual berkata kurma "Ajwa" maka berhati-hatilah kerana boleh jadi kurma itu adalah kurma yang diimport masuk ke Madinah antaranya dari Yaman atau dari luar Madinah seperti Tabuk dan sebagainya.
Jika penjual berkata kurma "Ajwa Madinah" , maka kurma Ajwa itu dari ladang dalam Madinah tetapi kebiasaannya bukan dari dalam Tanah Haram Madinah. Biasanya di ambil dari luar Tanah Haram Madinah antaranya kawasan Haraj jalan menuju ke Bukit Magnet.
Jika Penjual berkata kurma "Ajwa 'Aliyah" , maka kurma Ajwa Aliyah inilah yang paling terbaik kerana kurmanya dari dalam Tanah Haram Madinah , dan biasanya di ambil dari kawasan bernama 'Awali dan sebahagian dari kawasan Quba. Kurma dari kawasan 'Awali adalah yang paling terbaikkerana Nabi saw pernah menanam kurma di kawasan 'Awali untuk memerdekakan Sayyidina Salman al-Farisi.
Walaubagaimanapun waspadalah pada penjual yang mementingkan keuntungan dengan sanggup menipu mengatakan Kurma 'Ajwa 'Aliyah padahal kurma dari tempat lain.
Kurma 'Ajwa 'Aliyah adalah kurma Ajwa yang paling terbaik dan harganya juga lebih mahal berbanding kurma 'Ajwa biasa atau kurma 'Ajwa Madinah.
Jika berminat kurma ajwa aliya...sila layari website kami . klik di sini
atau
whatsapp kami . klik sini
Comments
Post a Comment