Ramai yang masih tidak tahu cara-cara melatih anak-anak berpuasa??

Menunggu waktu berbuka puasa




17 Tip melatih anak-anak berpuasa di bulan Ramadan


Ramadan sudah makin hampir. Lebih mengujakan, tahun ini akan ada anak kecil kita mula belajar berpuasa! Namun, melatih si cilik berpuasa tidak boleh dilakukan secara paksa. Perlu dilakukan secara berperingkat kerana anak kecil belum memiliki kewajiban berpuasa penuh .  Beberapa cara yang boleh membantu dalam melatih si kecil berpuasa. Semoga Allah s.w.t memudahkan niat ibu bapa untuk mendidik anak supaya turut berpuasa. Jika sukar mendidiknya jangan putus asa. Sesungguhnya Allah s.w.t dekat dengan hamba-Nya yang bertaqwa.

1. Memberi pemahaman tentang pengertian puasa dan fadhilat puasa Ramadhan. Seeloknya dilakukan sebelum tiba bulan Ramadhan lagi.  Jelaskan apa itu puasa, bila waktunya untuk berpuasa, apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika berpuasa. InsyaAllah, akan timbul niat  dalam diri anak bila tibanya Ramadhan.

2. Sambutlah bulan Ramadan dengan wajah yang berseri-seri dan penuh ceria. Anak-anak pasti akan bersemangat untuk berpuasa dan akan dipraktikkan dengan mudah hingga mereka meningkat dewasa.

3. Menetapkan tidur awal waktu bagi anak-anak supaya mudah mereka bangun sahur.

4. Elakkan meletakkan makanan & minuman secara terbuka di hadapan mereka. Letak jauh daripada perhatian anak.

5. Seeloknya jauhkan anak daripada bergaul dengan kawan-kawannya yang malas berpuasa sebaliknya galakkan anak bergaul dengan kawan-kawannya yang rajin berpuasa.

6. Menjanjikan hadiah sebagai ganjaran. Hadiah berupa peralatan pembelajaran boleh juga diberikan.

7. Memberi penghargaan dan pujian sebagai anak yang sabar berpuasa.

8. Beritahu tentang pahala dan syurga Allah s.w.t. kepada anak.  Dimana pintu syurga Ar-rayyan khas untuk orang berpuasa.

Rasullullah saw bersabda: Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu Yang dipanggil al-Rayyan, masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat, Tidak Boleh Dimasukkan melaluinya Seseorang pun selain Mereka, diseru:" Mana orang-orang Yang berpuasa "Maka mereka pun bangun , Tidak Akan Dimasukkan melaluinya Seorang pun selain Mereka, Maka apabila mereka (orang berpuasa) dimasukkan, pintu itu akan ditutup, Maka tidak boleh dimasukkan melaluinya seorang pun"

9. Pengisian waktu  dengan  mengajak anak-anak mengaji Al Quran bersama sama dan membacakan kisah-kisah teladan para Nabi dan Rasul .Contoh aktiviti lain, tidur qailullah  sebelum waktu zohor (nap) atau memberi permainan yang mendidik agar anak lupa dengan rasa haus dan lapar. 

10. Mengajak anak menyemarakkan syiar Islam seperti solat terawih berjemaah di masjid, mengaji dan tadabur Al Quran dan Hadis.

11. Mula lah mengajar anak berpuasa di bulan Ramadhan dari umur seawal mungkin. Perhatian yang berterusan dengan pengendalian yang bijak dapat mencambahkan kesedaran serta minat anak untuk berpuasa. Mendidik anak2 adalah satu tanggungjawab. Kesedaran anak dalam bab berpuasa merupakan tabungan ibadah bagi kita sebagai ibu bapa yang telah mendidik mereka dengan cara yang sewajarnya.

12. Berpuasa secara berperingkat contoh hari pertama puasa dari subuh hingga ke waktu zohor, hari ketiga sampai ke asar dan hari ke lima sampai waktu mahgrib. jika mereka tidak mampu, jangan paksa mereka. Pujuk secara baik..insyaAllah anak-anak akan mengerti.

13.  Sekiranya anak-anak berbohong puasa, maka jangan marah mereka. lama-lama mereka akan berterus terang.

14.  Masak lauk kegemaran mereka semasa iftar dan juga minuman kesukaan. Namun elakkan dari memberi mereka air bergas, kafein dan makanan berminyak.

15. Ajarlah anak-anak tentang adab-adab berpuasa seperti melewatkan waktu sahur dan mempercepatkan berbuka puasa apabila sudah masuk waktu mahgrib.

16. Berbukalah dengan ruthob atau kurma semasa berbuka sekiranya tiada bukalah dengan air. Jangan makan & minum terlalu banyak. 

17. Sekiranya si ibu atau kakak tidak boleh puasa sebab keuzuran. Hormatilah orang berpuasa dan juga anak-anak kecil. Sembunyi jika mahu makan minum.

Selamat mencuba pada bulan Ramadan yang akan datang...
.
"Fokus pada proses melatih anak-anak berpuasa bukan hasilnya"
.
.
Anda ingin order kurma untuk *ibubapa, isteri, suami, adik beradik, sahabat2 atau masjid/surau*..
.
Sila whatsapp 012-797 1572 (En Ishak)🤳📲 click here


http://kioskmakanansunnah.wasap.my

#ramadan
#2017
#kurma
#madu

#airzamzam

Comments