Kenyataan Akhbar KPK 20 Mei 2017 – Isu Mesej Tular Coronavirus Dalam Buah Kurma

Kenyataan Akhbar KPK 20 Mei 2017 – Isu Mesej Tular Coronavirus Dalam Buah Kurma
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada isu jangkitan coronavirus yang disebabkan oleh kelawar ke atas buah kurma dari negara Timur Tengah yang tular di dalam media sosial.
KKM telah membuat semakan mengenai perkara ini dengan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation – WHO) untuk mendapatkan maklumat samada terdapat sebarang amaran atau makluman yang telah dikeluarkan oleh Negara Timur Tengah atau negara lain. Pihak WHO memaklumkan buat masa ini tiada amaran berkaitannya yang dikeluarkan oleh pihak WHO mahupun Kementerian Kesihatan negara yang dinyatakan.
WhatsApp Image 2017-05-20 at 4.28.15 PM.jpeg
Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak mempercayai berita-berita yang tidak tepat yang boleh mengelirukan dan boleh menimbulkan panik di kalangan masyarakat. Perkongsian mesej tular yang tidak tepat boleh menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat dan menggugat kesejahteraan umum.
KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

KURMA DAN AIR ZAM ZAM
IKLAN
๐ŸŒดDapatkan kurma sekarang. Kurma kami berkualiti dan terbaik.
.
Money back guarantee! jika tidak puas hati
.
Sila whatsapp 012-797 1572 (En Ishak)๐Ÿคณ๐Ÿ“ฒ
.๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

#kurma
#ramadan

Comments