Kisah 1: Banyak tak semestinya cukup

Kisah 1: Banyak tak semestinya cukup



.
Teringat kisah seorang sahabat pergi ke pasar Ramadan. beliau hanya membeli air dan kuih sahaja.
.
Kami tanya beliau " cukup ke?"
beliau berkata "InsyaAllah cukup. bukan banyak itu yang mencukupkan atau mengenyangkan tetapi Allah yang mencukupi dan mengenyangkan hamba-hambanya"
.
apabila pulang ke rumah dan kami berbuka puasa bersama-sama. memang terlebih dari cukup sebab sahabat2 lain tak boleh habis makanan dan berkongsi untuk moreh lepas solat tarawikh nanti.
.
betulah kata -kata beliau...
banyak tak semestinya cukup..
banyak makanan tak semestinya mengenyangkan
banyak harta tak semestinya kaya..
banyak cakap tak semestinya berilmu...
banyak ketawa tak semestinya hati tenang..
banyak3x
.
Kita sebenarnya perlukan cukup bukan banyak. Allah yang mencukupkan keperluan kita..insyaAllah.
.
Memperbanyakkan menuntut ilmu, membaca, mendengar orang berilmu bercakap dan menyampaikan walaupun melalui whatsapp atau fb. SEBAB kata -kata kita ini kebanyakan terbit dari ilmu yang kita baca dan ilmu dari orang lain...
.
semoga bermanfaat

Comments