KHASIAT & CARA MAKAN HABBATUS SAUDA



Biji Habatus Sauda





KHASIAT & CARA MAKAN HABBATUS SAUDA




Orang Melayu jarang menggunakan herba Jintan hitam ini.Dalam bahasa inggeris disebut black cumin seed. Ia lebih digunakan oleh masyarakat India terutama dalam masakan kari. Herba hitam ini sama penting dengan rempah penyedap masakan lain seperti jintan putih,jintan manis. ketumbar, bunga cengkih, kulit kayu manis dan sebagainya.

Herba hitam ini tentulah berwarna hitam, Saiznya kira-kira sebesar biji sawi dan rasanya pahit-pahit pedas. Harganya murah namun khasiatnya amat tinggi.

Nama popularnya ialah Habbatus Sauda. Ada juga yang menyebut Habbatul sauda atau Sauda Seed.
Banyaknya khasiat Jintan Hitam ini 



Berikut adalah kaedah memakan Habatus Sauda untuk menjaga kesihatan;

  1.  Makan 7 biji Habatus Sauda sebelum tidur dan 7 biji selepas bangun tidur. Kebaikan: menjaga kesihatan menyeluruh, memberi tenaga pada tubuh, mengurangkan kolesterol, membanyakkan susu ibu.
  2. Goreng 1 sudu kecil Habatus Sauda dan kisar menjadi serbuk. Campur dalam air suam dan tambah 1 sudu besar madu. Kebaikan: masalah kencing tidak lawas, melancarkan keluar haid bagi wanita.
  3. Rebus susu segar atas air mendidih. Campur 1 sudu teh Habatus Sauda. Campur 1 sudu besar madu. Kemudian minum suam sebelum melakukan hubungan suami isteri. Kebaikan: kesihatan tenaga batin.
  4. Campur serbuk Habatus Sauda dengan air suam dan berkumur. Kebaikkan: mengurangkan sakit gigi.
  5. Campur 1 sudu besar cuka dan 1 sudu kecil Habatus Sauda. Kebaikkan: membunuh cacing dalam perut.
  6. Campur 1 sudu kecil Habatus Sauda, 1 sudu kecil perahan limau dan 1 sudu besar madu. Makan 2-3 kali sehari. Kebaikan: menghilangkan demam selsema dan sakit tekak.

Ada kebaikkan lain kaedah lain mengamalkan 
Habatus Sauda selain 6 perkara di atas. Anda boleh carinya dalam Internet atau baca buku berkaitan perubatan Islam. Amat panjang kalau mahu dicatatkan semuanya.

Bagaimanapun, kini ramai yang mengamalkan atau mengambil habbatus sauda dalam bentuk biji ,serbuk dan juga minyak.


Comments

Post a Comment